Ahad, 30 Oktober 2011

SEMINAR ISU-ISU AJARAN SYIAH DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI NEGERI KEDAH



IMAM-IMAM DAN GURU TA'MIR SELURUH NEGERI KEDAH TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI SEMINAR INI YANG DIRASMIKAN OLEH KEBAWAH DULI TUANKU SULTAN KEDAH. BAGINDA MENITAHKAN AGAR SEMUA RAKYAT KEDAH MENJAUHI AJARAN SYIAH KERANA IA MENYALAHI AKIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH YANG MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA HANYA FAHAMAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH SAHAJA BOLEH DIAMALKAN. PERTENTANGAN KITA DENGAN MEREKA IALAH DALAM PERKARA USUL BUKAN PERSOALAN CABANG. MEREKA MENGKAFIRKAN SEMUA SAHABAT NABI KECUALI 4 ORANG SAHAJA. SAHABAT BESAR NABI SEPERTI ABU BAKAR, UMAR DAN UTHMAN TURUT DIKAFIRKAN, HATTA ISTERI NABI YANG KITA MENGGELARNYA UMMUL MUKMININ IAITU AISYAH RA TURUT DICERCA. SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA JIKA TUAN/PUAN ADA MAKLUMAT MENGENAI PENULARAN AJARAN INI.

Isnin, 24 Oktober 2011

PEMBINAAN MASJID BAHARU BANDAR PUTERI JAYA

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT KERANA BARU-BARU INI KERAJAAN MELALUI UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA MASJID BAHARU SEBANYAK 2.25 JUTA. INSYAALLAH KERJA-KERJA PEMBINAAN AKAN DIJALANKAN DALAM 3, 4 BULAN INI APABILA PROSES TENDER TELAH SELESAI. PLAN REKABENTUK ADA DIPAMERKAN DI PAPAN KENYATAAN SURAU SALMAN AL-FARISI (SURAU DIDIRIKAN SOLAT JUMAAT). SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN KERJA BUAT KITA DAN SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PALING PENTING ALLAH MENGGERAKKAN HATI-HATI KITA UNTUK SAMA-SAMA MENGIMARAHKANNYA APABILA SIAP KELAK.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU

PADA 26 OKTOBER 2011 (CUTI DEEPAVALI) SAYA MENJEMPUT SEMUA ANAK KARIAH YANG ADA KELAPANGAN UNTUK HADIR BERGOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN/CAT SURAU TEMPAT SOLAT JUMAAT KITA.KEHADIRAN SAUDARA SEKALIAN AMAT DIHARAPKAN. SILA BAWA BERSAMA PERALATAN YANG SESUAI. TERIMA KASIH.

Ahad, 23 Oktober 2011

KULIAH KORBAN BERSAMA USTAZ ROHIDZIR RAIS





MALAM TADI 22 OKTOBER 2011, KARIAH KITA DIKUNJUNGI USTAZ ROHIDZIR RAIS, PENULIS BUKU ENSIKLOPEDIA SOLAT DAN INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. BELIAU BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN KULIAH DALAM BAB KORBAN. TERIMA KASIH ATAS ILMU YANG DISAMPAIKAN. USTAZ RIHIDZIR JUGA SERING MUNCUL DALAM PROGRAM TANYALAH USTAZ TV9, RANCANGAN AL-HIDAYAH TV3 DAN SELAMAT PAGI MALAYSIA TV1.

Jumaat, 21 Oktober 2011

TAZKIRAH JUMAAT OLEH USTAZ HAFIZ BIN FAUZI



ALHAMDULILLAH PADA 07 OKTOBER 2011 YANG LALU, ANAK KARIAH BANDAR PUTERI JAYA BERPELUANG MENDENGAR TAZKIRAH DAN KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA USTAZ HAFIZ FAUZI, KETUA JABATAN SYARIAH, BANK MUAMALAT KUALA LUMPUR. KHUTBAHNYA BERKISAR TENTANG RIBA DAN UMAT ISLAM PERLU MENOLAK SISTEM KONVENSIONAL MENDAPAT REAKSI POSITIF DARIPADA PARA JAMAAH. MENGAPA DALAM KEADAAN KITA MEMPUNYAI PILIHAN, MASIH MEMILIH YANG HARAM. (ULASAN BLOGGER) NAMUN PIHAK PENGENDALI PERBANKAN ISLAM, HARUS JUGA TIDAK TERLALU MENEKAN SEHINGGA PENGGUNA RASA TERTINDAS. BUKANKAH ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN. DAN TUJUAN RIBA DIHARAMKAN IALAH UNTUK MENOLAK UNSUR PENINDASAN.

Ahad, 30 Januari 2011

KURSUS SOLAT BERJAMAAH, HUBUNGAN IMAM DAN MAKMUM

Saudara/i anak-anak Kariah Bandar Puteri Jaya. Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat dan senantiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah swt.

KURSUS SOLAT BERJAMAAH, HUBUNGAN IMAM DAN MAKMUM

Pengisian - menyelesaikan permasalahan imam dan makmum dalam solat Jamaah sekiranya berlaku seperti bagaimana cara mengganti tempat imam yang tiba-tiba terbatal solatnya.Bagaimana cara menegur imam yang tertinggal rukun atau perkara sunat, dan apa pilihan pada makmum, cara keluar daripada saf yang ramai makmum di belakang, bagaimana imam mengisyaratkan kepada penggantinya apabila dia terbatal dan lain-lain yang bersangkutan, yang akan dijelaskan secara teori dan praktikal. Ruang untuk soalan juga akan dibuka sama ada secara lisan atau bertulis. Soalan secara bertulis sudah boleh dimasukkan ke dalam peti tanyalah ustaz mulai sekarang.

Tarikh : 6 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Surau Salman al-Farisi, Seksyen 1, Lrg 1/20, Bandar Puteri Jaya, S. Petani.
Bayaran : RM10 seorang (makan minum dan bahan kursus disediakan)
Muslimin Muslimat yang berminat boleh menghubungi Setiausaha Masjid untuk pendaftaran di 0194331838 sebelum 3 Februari 2011.

Isnin, 30 Ogos 2010

QIYAMULLAIL

Bermula malam ini(30/08/2010)dan 9 hari berikutnya, Qiyamullail akan dijalankan bermula jam 4 pagi. Tetapi malam ini kita mula awal sikit iaitu 3.30 pagi kerana setengah jam pertama kita akan gunakan untuk memberi penerangan kaifiyyat melakukan ibadah malam. Pada malam ini, Ustaz Ilias bin Che Nus akan memberi bimbingan kepada kita semua. Malam esok Ust. Othman bin Che Me pula. Pada malam-malam seterusnya, kita buat secara persendirian tetapi di Surau. Sahur disediakan. Oleh itu tuan/puan yang akan hadir dan bersahur bersama diminta untuk memberi nama kepada En. Ibrahim (Setiausaha Kariah)untuk membuat anggaran kehadiran dan penyediaan makanan supaya tidak membazir atau berkurangan. JOM PAKAT MAI ..........

Isnin, 16 Ogos 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

Malam ini masuk malam ke-7 kita bertarawih. Dalam 6 malam setakat ni, solat terawih disempurnakan 20 rakaat diimamkan oleh Pegawai Masjid Kariah BPJ secara bergilir. Pada malam ini, untuk mewujudkan sedikit variasi, kita mengundang Ustaz Amir bin Mohd Nason yang akan mengimamkan solat terawih 8 rakaat dan tazkirah. Saudara saudari dijemput datang beramai-ramai untuk bersolat dan mendengar tazkirah daripada yang berbahagia ustaz. Malam esoknya (Selasa)17/08/2010, kita mengundang Ustaz Sa bin Ahmad, Imam Masjid Batu 2 untuk menyampaikan tazkirah. Diikuti 4 malam berikutnya, solat Terawih akan diimamkan oleh Imam Tahfiz daripada BPJ tanpa tazkirah. Dalam kariah kita, kita melakukan kepelbagaian kerana ada jamaah yang suka solat 20 rakaat kerana inilah kesempatan waktu untuk bersolat terawih yang hanya hadir dalam bulan Ramadhan sahaja. Ada yang suka tazkirah kerana, inilah kesempatan waktu menyampaikan mesej agama ketika para jamaah melimpah ruah. Ada yang suka kepada bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada para Huffaz dan macam-macam kehendak lagi lah. Jadi kita cuba penuhi keinginan para jamaah setakat yang mampu dan yang paling penting, semua harus bersedia menerima keinginan orang lain juga, jangan dipaksa keinginan kita sahaja. Selanjutnya, saya akan menulis kemudian jika ada kesempatan waktu InsyaAllah.

Rabu, 16 Jun 2010

MESYUARAT PEMILIHAN AJK KARIAH 11 JUN 2010

MESYUARAT BERJALAN LANCAR DENGAN DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ HAJI ABD GHAPAR BIN LEBAI ARIFIN (WAKIL YANG DIPERTUA MAIK). AJK YANG TELAH DIPILIH IALAH,

1) SAUDARA MUNIR BIN ISMAIL - SEKSYEN 3A
2) TN HJ ROSHIDI BIN ASHAARI - SEKSYEN 3
3) SAUDARA IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN - SEKSYEN 1

TIGA AJK LAGI AKAN DILANTIK OLEH PEJABAT AGAMA.

TAHNIAH, SELAMAT BERTUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI DAN AMANAH. ANDA HARAPAN ANAK-ANAK KARIAH.

Jumaat, 21 Mei 2010

MESYUARAT KARIAH MASJID BANDAR PUTERI JAYA KALI PERTAMA

Akan dilangsungkan pada:

Tarikh : 11 Jun 2010
Masa : Lepas Solat Jumaat (2:15 ptg.)
Tempat : Surau Salman al-Farisi, Seksyen 1 ,BPJ

Aturcara & Agenda :

1) Ucapan dan Laporan Pengerusi Kariah
2) Ucapan Yang Dipertua MAIK atau Wakil
3) Perlantikan AJK Kariah - dikendalikan oleh MAIK
4) Jamuan dan Bersurai.


Semua anak kariah dijemput hadir.

Sabtu, 1 Mei 2010

KURSUS PEMANTAPAN SOLAT JUMAAT







HARI INI PROGRAM TERSEBUT TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN WALAUPUN SASARAN SEBENAR KEHADIRAN TIDAK SEPERTI MANA YANG DIHARAPKAN. KEHADIRAN HANYA 54 ORANG SAHAJA SEDANGKAN SASARAN AWAL KITA IALAH 100 ORANG. MUNGKIN ANAK-ANAK JAMAAH ADA URUSAN LAIN YANG LEBIH MUSTAHAK.TAPI APA YANG KITA BUAT LAGI MUSTAHAK, BERKAITAN DENGAN IBADAT KITA, SAMA ADA DITERIMA ATAU TIDAK, MENEPATI ATAU TIDAK. DALAM UJIAN BACAAN AL-FATIHAH 11 ORANG MENGUASAI, 14 ORANG SEDERHANA, 8 ORANG LEMAH DAN SELEBIHNYA TIDAK MEMBACA KERANA PULANG AWAL. SASARAN KITA MENCAPAI 40 ORANG YANG MENGUASAI TIDAK BERJAYA. INSYAALLAH KITA AKAN CUBA KAEDAH LAIN PULA. PROGRAM DITANGGUHKAN PADA PUKUL 2.15 PETANG. TERIMA KASIH SEMUA.

Khamis, 22 April 2010

KURSUS PEMANTAPAN SOLAT JUMAAT

KURSUS ADALAH ANJURAN KARIAH BPJ. INSYAALLAH KURSUS AKAN DIKENDALIKAN SEPENUHNYA OLEH SYEIKH WAN ALAUDDIN AL-HAFIZ, IMAM MASJID MUZAFFAR SHAH. TUMPUAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PEMBACAAN SURAH AL-FATIHAH SELAIN PERKARA ASAS LAIN YANG PENTING UNTUK KESEMPURNAAN SOLAT JUMAAT. APABILA KITA TIDAK PERNAH BERASA JEMU UNTUK BELAJAR DAN TIDAK PERNAH BERHENTI UNTUK BELAJAR, INSYAALLAH AMALAN KITA YANG MUNGKIN ADA KEKURANGAN AKAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. MUNGKIN ADA KESILAPAN TERTENTU YANG KITA TIDAK MENYEDARINYA, BOLEHLAH KITA PERBAIKI DAN TAMBAHBAIKKAN LAGI.

KURSUS INI DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA ANAK KARIAH BANDAR PUTERI JAYA YANG MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU SALMAN AL-FARISI.

TARIKH : 1 MEI 2010 (SABTU)
MASA : 8:00 PAGI - 12.30 TGH.
TEMPAT : SURAU SALMAN AL-FARISI

HARAP MAKLUM DAN SEBARKAN.

KHUTBAH JUMAAT 23 APRIL 2010

KHUTBAH JUMAAT ESOK AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ASWAT BIN MOHD NASRUN. SEBELUM ITU SEKITAR JAM 12.45, BELIAU AKAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH DI BAWAH TAJUK 'AMALAN BERSEDEKAH'. TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT DIJEMPUT DATANG AWAL SIKIT. HARAP MAKLUM DAN SEBARKAN.

Sabtu, 3 April 2010

SEKITAR CERAMAH PERDANA MAULID AL-RASUL






Alhamdulillah, penganjuran dan kehadiran orang ramai agak memberangsangkan. Apa lebih penting ialah kita dapat memungut mutiara ilmu dan dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada AJK yang telah bertungkus-lumus lebih sebulan untuk menjayakan program tersebut. Satu yang menarik tentang penganjuran ceramah ini ialah penglibatan semua pihak mengembleng tenaga untuk satu matlamat. 9 buah surau berjaya disatukan bekerjasama dan melakukan tugas dalam bidang yang diamanahkan dengan jayanya. Pasukan IBS pun turut sama turun padang menjaga keselamatan, lalulintas dan parking dengan jayanya.Moga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih semua.

Sabtu, 20 Februari 2010

CERAMAH PERDANA MAULID AL-RASUL PERINGKAT KARIAH BPJ


CERAMAH TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA;
TARIKH : 10 MAC 2010
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL-TAQWA, SEKSYEN 1, BPJ
PENCERAMAH : SYEIKH FAISOL BIN HJ. OMAR
KADI DAERAH KUBANG PASU DAN PENCERAMAH RADIO KEDAH

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

PROGRAM INI ADALAH ANJURAN GABUNGAN 9 BUAH SURAU DI BANDAR PUTERI JAYA DAN BANDAR UTAMA YANG BERNAUNG DI BAWAH KARIAH BPJ. INILAH JULUNG-JULUNG KALI KITA MENGADAKAN KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN SATU PROGRAM BERSAMA. DIHARAPKAN SAMBUTAN DARIPADA PENDUDUK PUTERI JAYA DAN SUNGAI PETANI MEMBERANGSANGKAN. SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT HANDAI, JIRAN TETANGGA DAN SEMUA.

Ahad, 14 Februari 2010

BERCUTI SAMBIL MEMANCING











Sebagai mengisi cuti sempena Tahun Baru Cina, AJK SSAF dan jamaah mengadakan satu program rehlah ke Sangkar Penternakan Ikan, Segantang Garam, Bujang di Merbok. Selain daripada menenangkan fikiran, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jamaah. Peserta telah bertolak pada tengahari 13 Feb. 2010 dan balik pada 14 Feb. 2010. Walaupun program ini satu hari sahaja, tapi cukuplah kerana banyak lagi urusan lain yang perlu dibuat. Dalam dunia sekarang ini, kita bukan mempunyai banyak masa sangat pun. Terima kasih kepada semua peserta yang memberi ruang masa untuk menjayakan program ini. Ada di kalangan peserta yang tidak tahu memancing, telah dapat mempelajari sedikit sebanyak teknik memancing, merambut, kenal apa itu kili dan fungsinya, tahu macam mana nak ikat batu timah supaya tidak putus bersama mata kail kalau tersangkut dan banyak lagi. Tahniah kepada bendahari surau kerana dapat satu ekor Jenahak 1.2 kilo. Yang lain-lain tu walaupun dapat ikan duri, dapatlah rasa juga tarikan ikan. Terima kasih kepada Zul dan Lid yang menyediakan makanan dan BBQ kepada kami, siap ikan dan ayam bakar, memang sedap. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yusri yang merupakan penyelaras program. Usaha anda dari awal sampai akhir amat dihargai. Sedikit kekurangan dan kutukan kawan-kawan, saya rasa lebih kepada gurauan. Saya rasa semua orang berpuas hati. Kalau tiada senda gurau, sunyi sangat la pula, semua formal sahaja. Apa yang lebih penting, kita dapat menjalankan solat berjamaah mengikut waktu macam dengan semasa kita berada di surau. Itu yang sepatutnya kita lakukan, dijadikan hidup kita ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Penunaian tanggungjawab terhadap Allah adalah tujuan hidup kita, perkara lain adalah sampingan. Setelah selesai, kita buatlah yang lain. Tapi realiti yang berlaku, kerja buat kita yang jadi keutamaan, solat dan lain-lain kewajipan jadi sampingan dan kalau dan. Dikesempatan lain, insyaAllah kita akan anjurkan lagi, mungkin dalam bentuk lain pula seperti lawatan sambil belajar ke tempat yang lebih jauh atau konvoi berkereta, kayuh basikal ka atau lain-lain yang kita sepakat untuk menjayakannya.

Rabu, 10 Februari 2010

KHUTBAH JUMAAT 12 FEBRUARI 2010

Khutbah akan disampaikan oleh Ustaz Nakhoin bin Junus dari Seksyen 2, Rumah Teres Setingkat. Marilah sama-sama kita ikuti dan mengambil pengiktibaran daripada khutbah beliau nanti.

Sabtu, 23 Januari 2010

PENAMBAHBAIKAN MUSOLLA KITA

Dalam seminggu dua ini, kita telah pertingkatkan sistem pembesar suara untuk memberi impak yang benar-benar berkesan semasa khutbah disampaikan. Walaupun bagaimanapun ada sedikit-sedikit kelemahan masih diperingkat ujian dan akan disempurnakan. Selain itu, tambahan bumbung disebelah kiri surau juga telah dijalankan. Bolehlah digunakan kala terdesak dengan solat Jumaat yang ramai. Lantai juga akan dipasang dalam waktu terdekat. Empat buah kipas besar baru saja dipasang untuk keselesaan jamaah dibahagian ruang tepi dan belakang. Pagar tembok depan juga telah dicat untuk menambahkan seri dan mempertingkatkan imej kita sebagai orang Islam yang sukakan keindahan dan kecantikan. Oleh itu, marilah ramai-ramai kita mengimarahkan rumah Allah yang keuntungannya akan balik kepada diri kita sendiri dengan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah swt. Sebarang cadangan bolehlah email kepada saya di abdrahman.skti@gmail.com. Kalau boleh tu janganlah memberi cadangan sahaja, tetapi bersedia untuk sama-sama menginfaqkan diri, masa, tenaga dan wang ringgit untuk sama merealisasikan cadangan tersebut. Kariah kita mempunyai aset dari segi modal insan yang hebat-hebat dan pelbagai. Kalau semua dapat turut serta, banyak perkara boleh dilakukan untuk kebaikan kita semua sama ada dalam aspek janaan ekonomi, kebajikan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya.

Sabtu, 16 Januari 2010

KULIAH USTAZ SA BIN AHMAD


Kuliah beliau dijalankan pada Hari Selasa minggu Pertama dan Ketiga. Jika ada minggu Kelima, beliau juga akan hadir. Pengajaran beliau berkisar tentang ilmu Feqah dan sejak 2-3 minggu kebelakangan ini kita telah masuk bab Solat. Pada minggu lepas diterangkan syarat-syarat Takbiratul Ihram yang mempunyai 21 syarat semuanya. Hendak tahu lebih lanjut kena datanglah ...............................

Selasa, 12 Januari 2010

KHUTBAH JUMAAT 15 JAN 2010

Akan disampaikan oleh Saudara Hj Abd Rahman daripada Bandar Utama. Tajuk Khutbah ialah Riak Penghalang Kebajikan. Sama-sama kita ikuti isi khutbah beliau nanti.

Ahad, 20 Disember 2009

KEM ANAK SOLEH




Pada 17,18 dan 19 kita telah berjaya menganjurkan sebuah kem untuk anak-anak kita yang berusia 7-15 tahun. Pelbagai pengisian dilakukan seperi ceramah agama, ceramah motivasi, ceramah daripada pasukan PDRM dan pendidikan secara khusus dalam kumpulan. Pertandingan kuiz agama turut dijalankan selain pertandingan memukul bola golf dan bola jaring . Seramai 10 orang fasilitator telah membantu dengan jayanya latihan dalam kumpulan. Tidak ketinggalan kaum ibu dan bapa yang sanggup turun padang menjadi sukarelawan dengan memasak dan menyajikan makanan kepada anak-anak kita. Sekalung Tahniah kepada urusetia yang diketuai oleh En. Yusri kerana telah berjaya menganjurkan dengan baik program ini. Kekurangan sedikit-sedikit itu biasalah, ke depan kita perkemaskan lagi. Kita mengharapkan anak-anak kita akan dapat menjadi pelapis yang boleh memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa kita. Masa depan bangsa dan generasi kita akan datang terletak di tangan mereka. Akhir sekali terima kasih semua.

Isnin, 30 November 2009

Lama Tidak Menulis, Kini Kembali .........

Assalamualaikum

Sekarang musim cuti sekolah, ada masa sikit untuk tengok blog. Lama tak update, insyaAllah lepas ni akan beri sedikit ruang waktu untuk memberi info terkini kepada anak-anak kariah tentang perjalanan aktiviti kariah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kita di Bandar Puteri Jaya ini.

Sekarang musim korban, kita di Bandar Puteri Jaya juga tidak ketinggalan menganjurkannya. Pada hari raya pertama 5 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Salman al-Farisi dan Surau Khalid al-Walid Seksyen 2 saya difahamkan ada juga melakukan korban. Walaupun hari raya jatuh pada hari jumaat, tapi dengan pengalaman, kecekapan dan kerjasama anak-anak kariah semua kerja dapat dibereskan sebelum jam 12 seperti yang dirancangkan. Memasak siap kerana jam 3.30 pagi ketua tukang masak telah masak nasi 3 kawah, selepas sembahyang hanya ready untuk masak lauk sahaja. Kerja melapah dan membahagi daging tidak ada masalah kerana ramai yang ada pengalaman, ada yang bawa kapak, parang dan pisau. Pendek kata tak payah nak bawa mesin pemotong, pakai kapak pun boleh selesai. walaupun kita tinggal di taman, kira orang bandar lah, tapi semangat dan tradisi kampung masih tebal dan bertapak kukuh dalam diri kita. Masing-masing tahu apa yang harus dilakukan, walaupun dari segi perancangan dan pembahagian tugas lebih awal dilakukan.

Selepas sembahyang jumaat, semua jamaah dapat menikmati juadah makan tengahari hasil korban dan akikah sahabat-sahabat kita. Kaum ibu juga tidak ketinggalan ikut serta datang bersama-anak selepas solat jumaat selesai. Kita berdoa kepada Allah s.w.t semoga korban yang dilakukan diterimaNya. Bagi yang tidak berkesempatan untuk berkorban pada tahun ini, tenaga dan masa yang saudara/i berikan insyaAllah akan dinilai sebagai amal soleh oleh Allah s.w.t.

Akhir kalam, terima kasih semua.

Sabtu, 15 Ogos 2009

DISKUSI BUKU DAN SOAL JAWAB RAMADHAN

Dua orang ustaz akan mengulas dan membincangkan isi dalam buku bertajuk " Bagaimana kita menyambut Ramadhan?" karangan Wajdi Ghunaim dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Mukhtar Abu Bakar. Buku ini berharga RM6. Sesiapa yang ingin mendapatkannya bolahlah membeli pada malam tersebut. Selepas diskusi buku, kita akan membuka kepada soal jawab berkaitan puasa dan zakat fitrah. Harap semua anak kariah dapat melapangkan masa untuk sama-sama menghadiri majlis ilmu ini.

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Salman al-Farisi

Program ini adalah anjuran bersama Kariah BPJ dan ABIM Kuala Muda.

Selasa, 4 Ogos 2009

PERUBAHAN TEMPAT CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH YANG DIJADUALKAN BERLANGSUNG DI TASIK BPJ TELAH DITUKAR KE PERKARANGAN SURAU SALMAN AL-FARISI DISEBABKAN BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIATASI. KITA BERAZAM AKAN CUBA MELAKSANAKAN PADA TEMPAT BERKENAAN PADA KESEMPATAN YANG LAIN, INSYAALLAH.HARAP MAKLUM

Isnin, 27 Julai 2009

CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ

TARIKH : 7 OGOS 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : TASIK PUTERI, BANDAR PUTERI JAYA
PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ ABDULLAH KHAIRI DARI PULAU PINANG.
TUAN/PUAN TUA MUDA LELAKI PEREMPUAN DIJEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI.

Selasa, 21 Julai 2009

KHUTBAH JUMAAT 24 JULAI 2009

KHATIB DAN IMAM SOLAT JUMAAT KITA PADA MINGGU INI IALAH SAUDARA MUNIR BIN ISMAIL, BENDAHARI PENAJA KARIAH BANDAR PUTERI JAYA. HARAP MAKLU

Jumaat, 17 Julai 2009

TAPAK MASJID BPJ

Dalam mesyuarat AJK semalam, ada yang mengusulkan supaya kita mengkaji semula lokasi tapak masjid. Tapak yang dicadangkan ialah Tapak Pasar Malam sekarang. Apa Pandangan anda?. Sila kemukakan pendapat anda dengan klik pada "ulasan" di bawah teks. Untuk membantu anda memberi pandangan, sila baca catatan terdahulu tentang tapak masjid.

Isnin, 6 Julai 2009

KURSUS IMAM, KHATIB DAN BILAL BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT


Tahniah saya ucapkan kepada perserta yang hadir kursus pada sabtu lalu. Saya harap ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan kepada surau masing-masing. Bagi pihak penganjur, kami ucapkan terima kasih atas kehadiran anda. Kehadiran sekitar 40 orang adalah menjadi target kita dan alhamdulillah tercapai. Tuan guru kita juga dapat menyampaikan dengan baik dan meyakinkan, cuma sedikit-sedikit persoalan masih belum terjawab. Biasalah, tak mungkin kita akan menyedut semua ilmu dalam masa setengah hari. Menuntut ilmu adalah satu proses berterusan dan untuk menghadham ilmu perlu disertai dengan amalan dan proses yang berulang-ulang. Ramai yang memberi galakan untuk mengadakan lagi kursus seumpama ini. InsyaAllah, asalkan anda sedia untuk bersama-sama menjayakannya.

Rabu, 1 Julai 2009

APAKAH PERSEDIAAN KITA MENGHADAPI REJAB

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Selasa, 23 Jun 2009 13:16

Bulan Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam.Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam bulan-bulan Qamariyyah.
Firman Allah didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan didalam bulan tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:
Pertama-Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.
Kedua-Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan aqidah disamping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.
Ketiga-Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.
Selain daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah.
Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.
Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain, diantaranya,
1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.
Amalan berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud,
“Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.
Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau (Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.
2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik dari dari tangan yang dibawah (penerima)”.
3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.
Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua. Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.
Saudara-saudariku seaqidah sekalian,
Al-Imam al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .
wirid-wirid yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.Kita juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.

Di samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara maksiat. Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.
Marilah kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak atau bermuhasabah agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.
Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud: “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”.

Dipetik dari Laman Web beliau

Isnin, 29 Jun 2009

KURSUS IMAM, BILAL DAN KHATIB

Dengan ini diwar-warkan kursus berkenaan akan diadakan pada Hari Sabtu 4 Julai 2009 bermula jam 8.00 pagi. Tempat seperti biasa di Surau Salman al-Farisi. Pembimbing kita pada hari berkenaan ialah Tuan Guru Ustaz Tahir bin Ali, Imam Masjid Penghulu Him, Sungai Petani. Walaupun nama kursus ini menjurus kepada mereka yang memegang jawatan berkenaan, tetapi ia tidaklah bermaksud demikian. Ia lebih bermaksud kursus ini adalah berkaitan dengan ilmu-ilmu yang berhubung kait dengan jawatan tersebut. Dan kita semua dalam keadaan tertentu, akan memerlukan pengetahuan ini apabila diperlukan. Pihak JK Kariah mencadangkan setiap surau menghantar 5 orang atau lebih sebagai wakil. Nampaknya sehingga hari ini sambutan amat menyedihkan, ramai tidak dapat hadir. Walau bagaimanapun saya difahamkan ketidakhadiran bukanlah disengajakan, tetapi masing-masing ada urusan. Nak buat macam mana, kita akan teruskan juga setakat mana yang datang sajalah. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t memperluaskan dan memberi ruang waktu untuk kita mendalami ilmu agama.

Khamis, 25 Jun 2009

Khatib Minggu Ini

Khatib dan Imam Solat minggu ini ialah Ustaz Nakhoin Bin Junus, Timbalan Pengerusi Penaja Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya.

Sabtu, 13 Jun 2009

Terima Kasih Semua







Terima kasih kerana kehadiran tuan/puan dalam Forum Perdana semalam. Terima kasih tidak terhingga kepada AJK Masjid dan semua yang menyumbang tenaga dan bertungkus lumus sejak 2 minggu yang lalu untuk menjayakan program semalam. Hanya Allah sahaja dapat membalas sumbangan sahabat-sahabat semua. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Isnin, 8 Jun 2009

HEBAHAN BERITA/MAKLUMAT

Surau-surau dalam Bandar Puteri Jaya yang ingin menghebahkan tentang aktiviti surau atau pengumuman tertentu, bolehlah e mail kepada saya di abdrahman.skti@gmail.com. Sekian, harap maklum.

Rabu, 27 Mei 2009

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
(TAJUK :JALAN MENUJU KE SYURGA)

Tarikh : 12/06/2009 (Jumaat)
Masa : 9:30 malam
Tempat : Surau Salman al-Farisi (Masjid Sementara)
Anjuran : Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya

Pengerusi : Ustaz Amir bin Mohd Nason
Ahli Panel : 1) Ust. Amri bin Mohd Nason
2) Ust. Azli bin Mohd Nason
3) Ust. Aswat bin Mohd Nason

Muslimin muslimat dijemput hadir bersama keluarga

Selasa, 26 Mei 2009

KHATIB 29 MEI 2009

Khatib minggu ini ialah Ustaz Khairul Anuar dari Seksyen 3. Harap maklum.

Jumaat, 22 Mei 2009

KULIAH MINGGU INI

22/05/2008 - Kuliah Ustaz Mahizan dibatalkan kerana beliau demam
24/05/2008 - Kuliah Tafsir oleh Ustaz Azli bin Mohd Nason
25/05/2009 - Kelas Bahasa Arab dengan memberi makna al-Quran oleh Ustaz Amir bin Mohd Nason
30/05/2009 (Sabtu) - Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Noor Zakaria

FORUM PERDANA

Pada 12/06/2009 (Jumaat) pihak JK Masjid akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam selepas waktu Isyak. Jika tiada perubahan, ahli panel adalah Ustaz Amir bin Mohd Nason (Pengerusi), Ustaz Azli bin Mohd Nason,Ustaz Amri bin Mohd Nason dan Ustaz Aswad bin Mohd Nason. Harap saudara saudari dapat menghebahkan maklumat ini dan datanglah pada malam berkenaan bersama keluarga. Tajuk Forum ialah " Jalan Menuju Ke Syurga".

KHATIB 22 MEI 2009

Khatib dan Imam minggu ini ialah Tuan Haji Baharudin, Imam Penaja Masjid BPJ. Masuk waktu 1:18. Pakat-pakat mai awal sikit.

Isnin, 11 Mei 2009

KHATIB MINGGU INI 15 MEI 2009

Khatib minggu ini ialah Saudara Abd Rahman dari Bandar Utama, Sungai Petani. Tajuk Khutbah beliau ialah Sabar Dalam Kehidupan Muslim. Masuk waktu pukul 1.17, oleh itu pakat datang awal sikit.

Rabu, 6 Mei 2009

Renungan - Kunci Solat

Ibnu al-Qaiyim al-Jauzi dalam kitabnya al-Ruh membahagikan kehidupan manusia kepada 4 fasa iaitu fasa dalam kandungan, fasa dalam kehidupan dunia, fasa kehidupan Barzakh, dan fasa yang terakhir iaitu syurga atau neraka selama-lamanya. Kematian seseorang tidak bermaksud berakhir segala-galanya. Ia hanyalah satu fasa dan proses dalam perjalanan hidup yang panjang. Mengenali hakikat hidup dan mengenali diri sendiri, ialah kunci untuk memperolehi kejayaan hidup yang abadi. Antara kunci yang membantu kita untuk sentiasa mengingati hakikat ini ialah melalui solat.

Ahad, 3 Mei 2009

SEBAHAGIAN KEPUTUSAN MESYUARAT AJK MASJID 26 APRIL 2009

1) Mesyuarat bersetuju untuk memperkasakan kelas-kelas pengajian dengan menjadikan sukatan pelajaran yang diajar bersesuaian dengan Peperiksaan Sijil Pengetahuan Agama Islam (Tauliah Fardhu Ain) Majlis Agama Islam Kedah. Penuntut-penuntut ilmu yang berminat untuk menduduki peperiksaan bolehlah menduduki peperiksaan apabila sampai masa kelak. Tetapi ini bukan bermakna, kelas ini dikhususkan kepada mereka yang hendak menduduki peperiksaan sahaja. Pengajiannya terbuka untuk semua, dan untuk menduduki peperiksaan terpulang kepada inidividu itu sendiri.

2) Mesyuarat juga bersetuju untuk membeli rak buku(diletakkan di dinding) dan diletakkan kitab al-Quran, kitab tafsir, surah Yasin dan buku-buku agama yang bersesuaian. Ini memberi kemudahan kepada jamaah yang datang awal semasa solat jumaat untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan ini.

3) Papan Tanda Tapak Masjid - AJK memutuskan untuk menghantar surat kepada pihak OSK Properties dan meminta jasa baik mereka untuk memasang papan tanda tersebut.

Sabtu, 2 Mei 2009

AKTIVITI MINGGU INI

03 MEI2009 - KULIAH TAFSIR OLEH USTAZ ASWAD
04 MEI 2009 - KELAS BAHASA ARAB (TUMPUAN KELAS B. ARAB IALAH MEMAHAMI AL-QURAN. GURU AKAN MEMBERI MAKNA AL-QURAN PERKATAAN DEMI PERKATAAN. JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMAHAMI BAHASA SYURGA)
05 MEI 2009 - KULIAH FEQAH OLEH USTAZ SA AHMAD

Rabu, 29 April 2009

KHUTBAH JUMAAT 1 MEI 2009

Imam dan khatib bertugas pada minggu ini, InsyaAllah ana sendiri. Tajuk khutbah ialah kerjaku ibadahku yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah. Penulisnya ialah Pegawai Agama Daerah Sik.

Ahad, 26 April 2009

MESYUARAT JK MASJID BPJ

Tarikh : 26 April 2009 (Ahad)
Masa : 9:00 malam
Tempat : Surau Salman al-Farisi

Semua AJK dikehendaki hadir tepat waktunya. Kalau mula awal dapat habiskan awal sikit.

Agenda utama : Mempertingkatkan program ilmu dan dakwah.

Rasional :Tugas kita ialah membentuk diri/mengislahkan diri menjadi baik (baik dari sudut agama ditakrifkan sebagai Taqwa dan Taqwa itu sendiri bermaksud melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya). Dan disamping berusaha membentuk diri sendiri kita dipertanggungjawabkan pula mendidik masyarakat yang terpikul dipundak kita sebagai pemimpin masjid. Oleh itu, malam ini kita cubalah buat sesuatu untuk memenuhi tanggungjawab ini setakat yang boleh. InsyaAllah

Jumaat, 24 April 2009

RENUNGAN JUMAAT-KISAH SAIDINA UTHMAN

Amat sedih sekali dan begitu menyayat hati apabila membaca kisah Saidina Uthman mati dibunuh. Beliau dibunuh oleh sekumpulan pemberontak yang dikatakan datang dari Mesir. Tujuan asal mereka datang ialah untuk meminta Khalifah meletak jawatan atau memperbetulkan polisi yang dikatakan mengamalkan kronisme. Sebenarnya mereka telah diperdaya dan dihasut oleh Abdullah bin Saba' (Seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam (munafik) yang merancang untuk menjahanamkan Islamdari dalam ),Ia pernah dihalau oleh Muawiyah yang menjadi Gabenor di Syam setelah dapat mengesan peranan jahatnya, selepas itu ia telah lari ke Mesir dan memainkan peranan jahat di sana pula.

Setelah berbincang dengan Khalifah, Khalifah menolak gesaan supaya meletak jawatan tersebut dan mereka pun beransur pulang. Dipertengahan jalan satu kumpulan lain yang telah dirancang awal telah menangkap seorang pembawa surat yang ada cop mohor khalifah. Isi surat tersebut ialah mengarahkan Gabenor Mesir membunuh kumpulan yang datang mendesak Khalifah Uthman tadi setelah mereka tiba di Mesir. Apabila mereka mendapat tahu, mereka terus berpatah balik dan mengepung rumah Khalifah dan membunuhnya. Khalifah tidak melawan, isterinya cuba mempertahankannya sehingga putus empat jari.

Sebenarnya surat berkenaan dan cop yang digunakan telah dipalsukan oleh perancangan teliti golongan Munafik. Ramai Sahabat dan orang Islam sendiri terpedaya dengan helah puak munafik ini yang pandai memainkan peranan untuk melaga-lagakan umat Islam. Selepas kematian Uthman, ramai sahabat yang menyesal termasuk Saiyidah Aisyah kerana tidak mempertahankan Uthman, malah mengkritiknya dengan begitu hebat sebelum ini. Selepas kematian Uthman, barulah mereka bangun mendesak Khalifah Ali untuk menghukum pemberontak tersebut.

Sesungguhnya Saidina Uthman adalah sahabat nabi yang sangat mulia, beliau berkahwin dengan dua puteri Rasulullah selepas kematian Ruqayyah, dikahwinkan pula dengan Ummi Kalthum. Kalau bukan kerana ketaqwaan dan budi pekerti yang baik, mana mungkin Rasulullah akan mengahwinkan dua puterinya.

Pengajaran yang ingin disampaikan. Kita jangan mudah terikut dengan hasutan dan tipu daya golongan yang ingin meruntuhkan. Kesatuan, bersatu hati dan diberi nilai tambah keikhlasan adalah asas kejayaan.

KHUTBAH JUMAAT 24 APRIL 2009

Khatib dan Imam hari ini ialah saudara Rejab bin Biden. Bilal masjid.

Jumaat, 17 April 2009

PENJELASAN UNTUK MOHD ZATTAR DAN SEMUA ANAK KARIAH

Pertama sekali saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan respon segera daripada persoalan tuan.
1) Sebenarnya AJK Penaja masjid melibatkan semua seksyen termasuk seksyen 1, cuma mungkin ada masalah teknikal tidak semua dipaparkan.

2) Surau Salman al-Farisi sekarang walaupun berstatus Masjid Sementara tetapi menjalankan tanggungjawab seperti masjid sebenar dalam kariah kita.

3) Undian dalam blog ini bukan pemutus macam pilihanraya. Ia sebahagian daripada tinjauan umum sahaja.

Sekian, terima kasih atas respon anda. Penjelasan terperinci akan disampaikan oleh wakil kami dalam waktu terdekat, InsyaAllah.

Rabu, 15 April 2009

KHUTBAH JUMAAT 17 APRIL 2009

Pada minggu ini khutbah akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Amri bin Mohd Nason. Beliau adalah bekas guru Agama SM Agama Islah dan kini membuka sekolah sendiri. Selamat beribadah.

Rabu, 8 April 2009

PROGRAM KHAS REMAJA SALMAN BERJALAN LANCAR


Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Kehadiran memuaskan kerana hampir 120 remaja lelaki dan perempuan hadir. Cuma remaja 18 tahun ke atas tidak menyahut seruan kita. Tidak mengapa, mungkin kita boleh mendekati mereka dengan cara yang lain. InsyaAllah selepas ini kita akan merancang aktiviti yang lebih dekat dengan mereka berdasarkan organisasi remaja yang baru dibentuk.

Selasa, 31 Mac 2009

PROGRAM KHAS REMAJA SALMAN

Pada 07.04.2009 (Selasa) akan diadakan program khas untuk remaja.
6.30 ptg : - Pendaftaran dan makan malam
- Solat maghrib berjamaah
- Ceramah 1 - Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Langkawi
- Solat Isyak Berjamaah
- Ceramah 2 - Motivasi Diri dan Zikir Munajat oleh Ustaz Othman Che Me
- Melantik JK Putera Salman dan Puteri Salman
10.30 - Dijangka bersurai

Terbuka kepada semua remaja BPJ lelaki dan perempuan. Penyertaan adalah PERCUMA.

KHATIB 3 APRIL 2009

Khatib pada minggu ini ialah Bilal Masjid iaitu Saudara Rejab b Biden.

Isnin, 30 Mac 2009

LAGI-LAGI KHALWAT

Semalam 29/03/2009 jam 10.30 malam dua lagi pasangan telah didapati berkurung di dalam sebuah rumah di Seksyen 3A. Dua lelaki warga tempatan dan pasangan mereka warga Indonesia. Mereka telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis. Awat banyak sangat orang mai buat maksiat kat tempat kita ini. Harap-harap inilah tangkapan terakhir di BPJ. Terima kasih kepada kawan-kawan dan pasukan polis yang memberi kerjasama dan perlindungan keselamatan kepada kita.

Sabtu, 28 Mac 2009

LAGI TANGKAPAN KHALWAT

Kelmarin 27/03/09 lebih kurang 2.30 ptg, satu lagi kes berlaku. Kali ini di Bandar Puteri Hill Park. Sepasang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan suami isteri telah didapati berkurung di dalam sebuah rumah. Mereka dibawa ke Balai Polis dan Pejabat Agama Daerah untuk tindakan selanjutnya. Kepada semua jamaah, diharapkan menjadi mata dan telinga kepada JK Masjid untuk kita cegah gejala ini daripada terus berlaku di BPJ. Moga tempat kediaman kita ini sentiasa mendapat rahmat Allah dan terhindar dari bala kemurkaan Allah s.w.t

Jumaat, 27 Mac 2009

TANGKAPAN KHALWAT

Pada 23/03/2009 jam 5:45 ptg, satu tangkapan khalwat telah dijalankan sebuah rumah tumpangan di Seksyen 3A. Sepasang kekasih telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis dan Pejabat Agama untuk tindakan seterusnya. Kita berharap dapat membersihkan BPJ daripada gejala maksiat yang merosakkan ini. Kerjasama dari penduduk untuk sama-sama membasmi permasalahan ini amat diharapkan. Dipihak masjid kita ada menubuhkan sebuah skuad membasmi maksiat diketuai oleh Encik Pakaruddin dari Seksyen 2.

KHATIB 27 MAC 2009

Khatib Solat Jumaat hari ini akan disampaikan oleh Saudara Abdul Rahman@Nasir dari Bandar Utama, Sungai Petani. Beliau seorang berpengalaman dalam menyampaikan khutbah semasa berada di Baling. Mari kita ikuti buah fikiran beliau hari ini.

Ahad, 22 Mac 2009

SOLAT JUMAAT 06 MAC DIISYTIHAR TIDAK SAH

Dengan berat hati saya mengumumkan solat jumaat pada hari berkenaan tidak sah kerana Khatib pada hari berkenaan tidak duduk antara dua khutbah. Keputusan ini dibuat setelah kita mendapat pengesahan tentang hukumnya daripada Dato' Fadhil Hj Awang, AJK Fatwa Negeri Kedah. Sebelum kita mendapat pengesahan tersebut, kita(AJK masjid) telah membuat pertanyaan tidak kurang daripada 10 agamawan yang arif tentang hukum hakam. Majoriti besar menghukumkan tidak sah. Pada malam 20/03/2009, perbincangan antara AJK Masjid telah diadakan dan keputusan sebulat suara telah diambil . Atas nasihat pihak yang berautoriti juga, kita menyeru semua jamaah yang hadir pada hari berkenaan, mengQada' solat Zohor.

Semua aspek dan kesannya kepada semua pihak telah diperbincangkan dan dilihat dari pelbagai perspektif. Dan hasilnya, soal hukum tetap hukum dan tidak boleh diremehkan. Saya bagi pihak AJK memohon maaf di atas kesilapan ini dan pastinya ia bukanlah disengajakan. Moga Allah ampunkan dosa dan kelalaian yang dilakukan. Sesungguhnya, ia memberi pengajaran yang amat berguna sekali.

Isnin, 16 Mac 2009

KHUTBAH JUMAAT 20 MAC 2009

Khutbah minggu ini akan disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar. Beliau merupakan seorang guru agama yang sedang berkhidmat di SK Tasek Apong. Harap maklum

Selasa, 10 Mac 2009

PROGRAM AGIHAN ZAKAT BERJALAN LANCAR

Alhamdulullah, program semalam berjalan lancar, seramai 45 orang telah hadir untuk menerima bantuan tersebut. Selebihnya pihak Jawatankuasa akan mengagihkan kemudian kerana mereka tidak dapat hadir kerana keuzuran tertentu. Walaupun bantuan itu tidak seberapa, tetapi kita merasa puas kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban saudara-saudara kita. Kesian makcik-makcik dan tok-tok yang agak uzur terpaksa juga hadir. InsyaAllah di masa akan datang, kita cuba cari kaedah agihan yang lebih baik. Terima kasih kepada semua khususnya AJK Masjid yang banyak membantu melancarkan program semalam. Keikhlasan kita, InsyaAllah tidak akan sia-sia di sisi Allah swt.

Isnin, 9 Mac 2009

MAKLUMAN

Ustaz Amir, Guru Bahasa Arab kita tidak dapat hadir pada malam ini. Harap maklum

AKTIVITI MINGGU INI

06/03/2009 - Kuliah Khas Bulanan oleh Ustaz Aswad
07/03/2009 - Tazkirah oleh Ustaz Khairudin dari Terenggganu yang sedang dalam kunjungan Muhibbah ke BPJ dengan konvoi motosikal (70 peserta)
08/03/2009 - Kuliah Tafsir oleh Ustaz Amri - diganti oleh Ustaz Aswad
09/03/2009 - Kelas Bahasa Arab (Lepas maghrib)
09/03/2009 - Agihan Zakat (Lepas Isyak)
10/03/2009 - Ceramah Maulid oleh Ustaz Mahizan (Lepas Maghrib)
12/03/2009 - Kuliah Tasauf (Lepas Maghrib) - oleh Ustaz Mohd Musa al-hafiz

CERAMAH MAULIDUR-RASUL

Esok 10/03/2008 (Selasa) pakat mai ramai-ramai kita dengar ceramah Maulid oleh Ustaz Mahizan Mat Lazim, Pegawai Agama Hospital Besar Pulau Pinang. InsyaAllah lepas maghrib. Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Moga kecintaan kepada kekasih Allah ini akan menambah lagi ketakwaan kita.

Ahad, 8 Mac 2009

KHUTBAH JUMAAT 13 MAC 2009

Khutbah akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Seorang penceramah terkenal di Sungai Petani. Berasal dari Kelantan dan kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Simpor.
Tajuk khutbah adalah berkaitan Maulidur-Rasul. Harap maklum.

Jumaat, 6 Mac 2009

PROGRAM AGIHAN ZAKAT

Pada hari Isnin ini (09 Mac 2009) lepas Isyak akan diadakan majlis agihan zakat kepada saudara-saudara kita yang berhak. Sejumlah 50 orang penerima akan dijemput pada malam itu. Saya berharap semua AJK dapat hadir pada malam tersebut untuk sama-sama menyampaikan sumbangan tersebut. Dana zakat ini kita perolehi daripada anak jamaah Kariah kita. Pihak JK masjid diamanahkan untuk membuat pengagihan. Semoga Allah terima amal soleh hamba Allah ini.

Selasa, 3 Mac 2009

7 BUAH SURAU DP BPJ

SURAU SALMAN AL-FARISI (MASJID SEMENTARA) SEKSYEN 1
SURAU AL-MUBARAK SEKSYEN 1 KOS SEDERHANA RENDAH
SURAU AL-HIDAYAH SEKSYEN 2 TERES 2 TINGKAT
SURAU SEKSYEN 2 TERES SETINGKAT
SURAU AL-TAQWA SEKSYEN 1 FASA2
SURAU AL-FARIHIN SEKSYEN 3A
SURAU IBNU SINA SEKSYEN 3

KELAS BAHASA ARAB

Semalam ada kelas Bahasa Arab. Itulah rutinnya setiap hari Isnin selepas Solat Maghrib. Namun sedikit kegusaran kerana sambutan agak kurang memberangsangkan. Ada 6 orang sahaja, 3 lelaki 3 perempuan. Ustaz pun jadi tidak semangat. Minggu depan pakat-pakatlah mai, ramai-ramai seronok sikit. Ustaz kita jemput ni hebat juga (Ustaz Amir), Jurulatih Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Negeri Kedah lulusan negara Syria. Rugilah jika tak dapat kutip ilmu darinya.

Sabtu, 28 Februari 2009

MAKLUMAT TERKINI TENTANG TAPAK MASJID

Saya ada menerima telefon dari Pejabat Agama Daerah mengarahkan kita membuat permohonan tapak bomba dan polis sebagai tapak masjid. Keseluruhan tapak ini akan menjadi 19 relung termasuk tapak masjid sedia ada. Pihak Jabatan Mufti telah berbincang dengan Ketua Polis Kedah, mereka tidak berminat dengan tapak tersebut. En Zaidi (salah seorang AJK Masjid) Ketua Biro Pembinaan sedang menyiapkan permohonan tersebut. Kalau permohonan ini berjaya, mungkin kita akan wujudkan sekolah KAFA bersebelahan masjid dan projek-projek lain yang bersesuaian.

Jumaat, 27 Februari 2009

KHUTBAH HARI INI

Khutbah hari ini mengikut jadual akan dibaca oleh En Yahya dari Seksyen 1. Tetapi mungkin ada masalah tertentu, beliau telefon dan menyatakan keuzurannya. Seperti biasa saya akan mengambil tanggungjawab apabila ada penyampai khutbah yang tidak dapat hadir.

Hari ini InsyaAllah, saya akan menyampaikan khutbah yang berkisar tentang pendidikan anak-anak menurut ajaran Islam. Apa yang ingin saya sampaikan ringan sahaja, boleh dikatakan semua orang sudah tahu, tetapi peringatan itu penting. Soal pendidikan anak-anak adalah soal penting, kadang-kadang kita sedikit terlalai kerana kesibukan seharian. Mudah-mudahan tajuk khutbah hari ini dapat mengingatkan kita semula.

Sabtu, 21 Februari 2009

TAPAK MASJID BPJ

Sedikit maklumat yang saya ingin kongsikan dengan tuan/puan berkenaan tapak masjid. Ada yang mencadangkan kita membuat permohonan di Tapak Pasar Malam sekarang kerana lebih dekat dengan kita semua di sebelah sini yang sudah lama dihuni. Disebelah sana (Hill Park) mereka baru duduk dan belum penuh lagi. Jika dibuat di tapak asal, kita yang sebelah sini akan jauh untuk ke masjid.

Pandangan untuk mengekalkan tapak sedia ada di Taipan Square

1) Tapak baru yang dicadangkan itu berhampiran dengan Tapak Masjid Bandar Perdana, Jika terlalu dekat tidak akan diluluskan pembinaan masjid bagi yang kemudian. Mungkin kita akan mendahului tetapi Bandar Perdana tiada peluang untuk membina masjid di Tapak mereka. Untuk mengatakan, "biar pi la dekat depa" bukanlah satu sikap yang baik, kita seharusnya bertolak ansur dalam keadaan kita masih mempunyai pilihan lain. Selepas lawatan mufti, pihak Bandar Perdana ada berjumpa dengan saya dan memaklumkan perkara ini dan saya telah memanjangkan kepada Dato' Mufti.
2) Jika dibuat di Tapak Baru, 3 buah surau mungkin akan berkubur dan terpaksa ditutup. Salman al-Farisi, Seksyen 2 Setingkat dan al-Hidayah kerana jaraknya terlalu dekat dengan masjid. Ada yang kata sayang dekat surau, ada yang kata biar pi la surau, boleh buat benda lain seperti kelas KAFA.
api
3) Tapak masjid sekarang iaitu berhampiran Taipan Square dijangka akan menjadi "prime area" pada masa akan datang. Oleh itu penetapan tapak tersebut sangat wajar kerana ia tidak dipinggirkan di kawasan yang terceruk.

4) Pihak JK telah cuba memohon dengan MPSPK, tetapi pihak MPSPK menegaskan mereka telah ada perancangan di kawasan tapak pasar malam tersebut.

5) Proses untuk memindah tapak mungkin mengambil masa dan rumit. Permohonan tapak sedia adapun mengambil masa 2 tahun untuk digazetkan.

Kedua-dua pandangan di atas. saya kemukakan sebagai asas pertimbangan tuan/puan. Saya mengharapkan kita dapat menghasilkan keputusan yang terbaik. Sebarang cadangan dan pendapat bolehlah dikemukan untuk perbincangan lanjut. Sekian

Isnin, 16 Februari 2009

PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID BARU BPJ

1) Setakat ini permohonan untuk memindah hak milik tanah kepada Majlis Agama Islam telah dibuat. Menurut pegawai berkenaan proses ini mengambil masa 2 tahun.

2) Dalam pada itu, sekarang kita dalam proses memohon untuk mendirikan masjid sementara menunggu tapak digazetkan.

3) Dari segi dana kita telah menjalankan 3 langkah utama

i) Sumbangan penduduk sendiri sebagai membuktikan komitmen. Dalam hal ini kita
membuat kutipan RM100 bagi setiap rumah (rumah sendiri atau sewa). Surat makluman
telah diedarkan dari rumah ke rumah, pengumuman di masjid dan surau, kain rentang di
surau masing-masing, pembukaan kaunter kutipan sebelum dan selepas jumaat. Selepas ini
kita akan membuka kaunter di hadapan Balai Polis sebagai kemudahan kepada
penyumbang.

ii) Kaedah kedua ialah kita memohon dengan badan-badan korporat yang mungkin sedia
menyumbang. Setakat ini kita menghantar beberapa kertas cadangan kepada korporat-
korporat di kuala Lumpur. Kita juga hampir mendapat kelulusan Pengecualian Cukai
daripada pihak LHDN.

iii) Kaedah ketiga ialah memohon Dana Kerajaaan Persekutuan. Setakat ini saya dan 2 orang JK
lain telah berjumpa dengan Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau berjanji akan membantu kita.
InsyaAllah kalau ada rezeki...... marilah kita sama-sama berdoa agar cepat diluluskan dan
cepatlah kita dapat beribadat di tempat yang lebih selesa.

Tuan/Puan yang boleh membantu untuk mendapatkan dana dialukan-alukan untuk sama-sama berganding bahu dengan AJK.

Sabtu, 14 Februari 2009

JAWATAN IMAM

Kariah kita masih belum ada Imam. Saya ada bercakap dengan Ustaz Zaifree dari Pejabat Agama Kuala Muda, dalam 3 atau 3 minggu ini akan ada perisytiharan baru kekosongan Jawatan Imam. Kepada anak Jamaah yang berminat, bolehlah memohon. Saya rasa dalam ramai-ramai kita ini, tentu ada yang berkebolehan tetapi atas sifat tawadhuk, ramai yang mengambil sikap mendahulukan orang lain. Dalam sesi pemilihan yang lepas daripada 3 calon yang mendaftar nama, seorangpun tidak hadir ke sesi ujian bertulis. Ana harap selepas ini kita akan dapat seorang imam yang hebat yang dapat memimpin kita semua. InsyaAllah.

KHUTBAH JUMAAT

Pada Jumaat 20/02/2009 Khatib dan Imam bertugas ialah Saudara Munir b Ismail. Beliau adalah Bendahari Masjid dan merupakan Pakar dalam bidang pemasaran khususnya ubat-ubatan (Farmasi). Mari kita dengar buah fikiran beliau pada minggu ini ke arah merealisasikan masyarakat yang bertaqwa.

PEMBESARAN RUANG SOLAT JUMAAT

InsyaAllah pada jumaat akan datang ini, ruang solat Jumaat kita akan lebih luas. Tambahan dibahagian belakang sedang disiapkan. Lantai sudah disiapkan, cuma pemasangan bumbung akan dilakukan dalam 2 atau 3 hari ini InsyaAllah. Ana harap dapat mengurangkan sedikit kesesakan semasa solat. Kepada remaja-remaja harap tidak lagi menjadikan alasan tidak ada ruang untuk tidak menunaikan solat jumaat. Terima kasih

Jumaat, 13 Februari 2009

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat Hari ini akan diimamkan oleh Ustaz Nakhoin Junus dari Seksyen 2 Rumah Teres Setingkat, Khutbah juga akan disampaikan oleh beliau. Ustaz Nakhoin adalah seorang guru di Sekolah Islah dan merupakan Pengerusi Surau Seksyen 2 Teres Setingkat.

Pada Hari ini juga saya akan umumkan Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris yang akan dijalankan pada setiap pagi jumaat bermula pada 20 Februari ini jam 8.45 hingga 10.15 pagi. Pendaftaran RM10 dan bayaran bulanan tidak dikenakan (PERCUMA). Kelas ini hanya terbuka kepada murid tahun 4,5,dan 6 sahaja . Kelas akan diadakan di Surau Salman al-Farisi (Masjid Sementara). Guru pembimbing ialah Cikgu Izham dari SMK Pinang Tunggal, Lulusan Universiti Ireland. Selamat mendaftar.

Sabtu, 7 Februari 2009

Masjid BPJ - Sejarah


Assalamualaikum
Sejarah bermula apabila dalam satu mesyuarat JK surau Salman al-Farisi mencadangkan supaya kita mewujudkan tempat solat jumaat. Rentetan daripada itu usaha dilakukan dengan dengan menubuhkan JK penaja dan akhirnya berjaya diwujudkan Kariah baru BPJ. Pada 14/12/2007 Pengisytiharan dan Solat Jumaat pertama telah dilancarkan oleh Ustaz Abdullah dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.